Text
Panduan praktis hukum waris: Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah yang shahih
Seringkali harta warisan menjadi penyebab terjadinya pertengkaran, perpecahan, terputusnya tali silaturrahim (kerabat), bahkan pertumpahan darah dalam sebuah kerabat. Hal ini dikeranakan kezaliman dan ketidakadilan di dalam pembahagiannya. Terkadang seseorang berwasiat bahawa sepeninggalan seluruh hartanya dia wariskan kepada salah seorang anaknya saja, atau seluruh anaknya, namun dengan bahagian yang dia tentukan semahunya saja, atau dikuasai (diambil) secara paksa oleh sebahagian keluarganya sehingga sebahagian keluarganya yang lain tidak mendapat apa-apa. Kerananya perkara yang satu ini mendapat perhatian lebih di dalam Islam.
Jika pada umumnya al-Qur’an menjelaskan syari’at secara global, sedang rinciannya lebih banyak diatur oleh Sunnah (Hadits) Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam, namun untuk urusan waris, hampir seluruhnya dijelaskan secara terperinci pembahagian di dalam al-Qur’an. Dari mulai kategori ahli waris, bahagian warisan, syarat-syarat ahli waris, sehingga penghalang waris.
Siapapun tidak berhak menentukan pembahagian harta peninggalannya semahunya sendiri, sesuai dengan hawa nafsunya. Kerana ketentuan pembahagiannya telah diatur oleh Allah, Rabb Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kerananya, setelah Allah memperinci ahli waris beserta bahagian masing-masing, Allah Ta'ala berfirman, “(Tentang orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa’atnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Maka, sudah semestinya kita mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah waris ini agar kita tidak melakukan kesalahan di dalamnya. Buku ini meskipun dari segi ukurannya terliha kecil, namun seluruh permasalahan waris dan solusinya dapat anda temui di dalamnya dengan mudah. Selamat membaca.
Tidak tersedia versi lain